Buletin Utama ~ All important notice will update from time to time so chek it out! Berita baik * Semua item yg dh sold out akan di deletekn dri blog ini utk mengelakkan sebarang kekeliruan customer * Stock clearence ~ all the price stated is offer price * New stuff ~ Sayang shawls, all very nice color and sweet * Buy 2 or more items will get free shipping * New stuff akan masuk maybe end of July ~ for Hari RayaSales ( once stock available will let u all know )
Nak mintak maaf * Coz gambar tak memuaskan so nampak all the items very blur, actually all color are nice and beautifull design * At this moment Butik Seri Mersing tak masukkan item baru coz nak clearkan stock lama
Inquiry & comment * any inquiry and comment please email me at lfazya@yahoo.com * For quick reply just sms me at 017 680 6645 ~ sertakn nama anda sekali utk rekod kami
Luruskan niat ketika bertudung. Yakinkanlah diri bahawa bertudung itu adalah perintah Allah dan merupakan sebahgian dari ibadah kepada-Nya.
Ikhlaskan hati dan hal ini akan memancarkan "inner beauty" anda ketika bertudung.
Pilihlah tudung sesuai dengan keperluan dan sesuaikan dengan busana muslimah yang akan dipakai.
Serasikan warna & model tudung dengan suasana dan aktiviti anda. Gunakan tudung yang memiliki pola, design dan jahitan yang sesuai dengan bentuk muka anda, agar tidak mengganggu aktiviti anda seharian ketika dipakai.
Tips2 berguna utk anda..
Perkara-perkara asas ketika memilih fesyen bertudung
Saiz leher*
Leher jinjang atau tinggi, tiada masalah besar mengenakan sebarang fesyen bertudung. TETAPI, pada mereka yang berleher pendek harus berhati-hati. Tudung yang bersaiz pendek mampu menyelamatkan keadaan.
Saiz badan*
Bagi yang bersusuk tinggi, anda ada kelebihan mengenakan tudung labuh kerana kain tudung masih punya ruang jatuh ke bawah dan tidak nampak ketara. TETAPI, bagi mereka yang pendek atau katik, jangan sesekali bertudung labuh. Tidak sesuai langsung!
Bentuk muka*
Bagi anda yang mempunyai pipi yang tembam, tudung boleh digunakan untuk menutup sedikit permukaan pipi tersebut. Kesannya, wajah akan dari sisi depan kelihatan mengecil dan anda akan nampak kurus.
Teknikal yang harus anda jaga ketika bertudung.
Anak tudung*
Jangan memilih anak tudung yang kainnya sespesis stokin tebal. Pilih yang lebih nipis. Lebih selesa dan tidak berkuap. MaklumlahMalaysiakan panas. Anak tudung berwarna hitam dan putih boleh dipelbagaikan dengan semua jenis warna tudung.
Tona warna tudung*
Tidak seperti kasut. Cuma waktu-waktu tertentu, orang akan pandang kaki anda. Tetapi, orang akan pandang wajah anda 90% ketika berbual. Sudah tentu, anda perlu memilih warna yang berseri dengan WAJAH anda BUKAN WARNA KULIT anda semata-mata. Apabila warna tudung, anda kebiasaannya tidak boleh memilih warna kesukaan sebarangan TETAPI beberapa faktor lain perlu diambil kira contohnya padanan dengan PAKAIAN, KASUT, BEG TANGAN, KONSEP RASMI MAJLIS sekiranya ada. Dengan kata lain TUDUNG ANDA adalah SEBAHAGIAN daripada WAJAH anda.
Cara memakai dan mengikat tudung*
Terlalu subjektif. Bergantung kepada SIKAP si pemakai. Dalam hal ini, si pemakai harus mempunyai teman yang bertudung, paling cantik bertudung pada pandangan anda dan TIDAK KEDEKUT memberikan tips dan pandangan.
Sekadar meniru dalam majalah tidak begitu efektif. Anda memerlukan pengkritik yang jujur. Selain itu, anda harus mengambil inisiatif berlatih memakai dan mencuba semua jenis cara pemakaian tudung di depan cermin walau pun berjam-jam lamanya.Ambil masa untuk diri sendiri. Barulah anda tahu fesyen tudung yang bagaimana bersesuaian dengan wajah dan personaliti anda. Yang penting logik!
Citarasa fesyen bertudung
Tudung plain, biasa dan tidak bercorak langsung. Selamat dalam semua acara. Selamat untuk dipakai oleh semua orang. Tetapi, nampak dull. Anda dilihat sebagai tiada citarasa peribadi.
Tudung plain tetapi bercorak-corak di bahagian ekor tepi tudung. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit citarasa. Hehehe...
Tudung plain tetapi bercorak manik, batuan, sikuin dan lain-lain. Sedikit hiasan berkilat membuatkan anda kelihatan ekslusif dalam majlis rasmi. Tetapi, untuk aktiviti riadah seperti bersukan di tengah panas atau berkepit bersama pak we di taman rekreasi awam amat tidak digalakkan. Terlalu menarik perhatian awam.
Tudung bercorak penuh. Jika tudung anda bermanik penuh. Jangan beli, jangan pinjam dan jangan pakai. Nampak macam gila glamor dan materialistik. Jika tudung bercetak bercorak-corak, anda harus fikir 10 kali sebelum benar-benar yakin. Kerana anda perlu beberapa kriteria khas seperti TINGGI, PUTIH DAN BERLEHER JINJANG sahaja yang layak dan sesuai. Jika tidak melepasi kriteria tersebut, janganlah cuba-cuba. Kelakar jadinya....
Tudung bercorak tulisan. Saya tak tahu apakah motifnya. Mungkin sesetengah pereka cuba mencetak jenama mereka pada tudung anda. Perlu anda ingat, kepala anda bukan PAPAN TANDA IKLAN. Tapi, saya hairan ada juga perempuan yang berminat. Tayang brand kononnya. Sepenuh-sepenuh tudung tercetak nama jenama. Hehehe. Buat lawak je. Free advertisement!
Haaatips untuk ORANG-ORANG LELAKI
Daripada corak tudung awek anda saja, anda sudah boleh tahu sama ada awek anda itu benar-benar cantik atau tidak. Cantik dari segi apa? Sudah tentu iras wajahnya.
Perlu melekat dalam kepala, tudung juga seperti alat kosmetik mereka. Jika awek-awek anda TIDAK SESUAI memakai tudung bercorak-corak penuh, ini bermakna awek anda memang seorang yang RUPAWAN. Wanita yang benar-benar cantik wajahnya TIDAK MEMERLUKAN alat kosmetik, tudung yang fancy dan hiasan yang berserabut untuk mencantikkan diri mereka. Natural beautyless is more. Awek anda punyai kecantikan semuajadi..
0 comments:
Post a Comment